Jika Nokia mengeluarkan tablet pertamanya, pesaing utamanya, Apple turut memperkenalkan beberapa produk, salah satunya adalah iPad mini terbaru yang menggunakan teknologi Retina Display.
Peningkatan berkenaan antara lain adalah pada penggunaan prosesor 64-bit Apple A7. Prosesor ini pun menjanjikan peningkatan tenaga hingga empat kali lebih baik berbanding produk sebelumnya. Selain itu, iPad mini 2013 ini juga memiliki daya tahan bateri sehingga 10 jam.
Pada bahagian belakang, terdapat kamera iSight 5MP dan disokong kamera FaceTime HD di depan. iPad mini ini juga dilengkapi dukungan MIMO untuk sambungan wireless yang lebih cepat.
Apple tidak mengungkapkan secara pasti mengenai ketersediaan iPad mini di pasaran. Namun syarikat teknologi yang kini dipimpin oleh Tim Cook itu mengungkapkan bahawa iPad mini model 2013 ini akan tersedia pada akhir November ini.
No comments:
Post a Comment