Tuesday 8 October 2013

Masalah bekalan air

Masalah bekalan air bersih yang sering terputus seolah tiada nokhtahnya kepada penduduk di Kelantan. Sejak dua bulan lalu masalah yang sama membelenggu keseluruhan penduduk Kampung Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan. Tinjauan mendapati 400 penduduk kampung ini mengalami pelbagai kesukaran akibat ketiadaan kemudahan bekalan air bersih. Imam Kampung Kemahang 3, Alim Ali yang mewakili penduduk meminta pihak berkenaan segera mencari jalan penyelesaian masalah berkenaan. Beliau mendakwa sejak dua bulan lalu bekalan air sering terputus menyebabkan penduduk tidak dapat menjalani rutin kehidupan seharian. Sehubungan itu penduduk mahu kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah itu tanpa berdolak dalik dengan pelbagai alasan. - See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/aduan_rakyat/Masalah_Air_Di_Kelantan_Tiada_Noktah.html#sthash.zmEqKNpZ.dpuf

No comments:

Post a Comment